Tuesday, September 1, 2009

3.1 LATAR BELAKANG NEGARA DAN BANGSA

oleh cikgu Fatimah Abdul Khalid, SMTS

(A) KONSEP NEGARA DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

· Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan adanya raja.

· Kedudukan raja – tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.

· Raja – memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yg mendiami wilayahnya.

· Rakyat – menerima dan mengakui kekuasaan raja.

· Kesetiaan rakyat – menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yg diperintah.

· Kerajaan yg kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yg lemah utk mengembangkan empayar – cth KMM.

· KMM – banyak negeri taklukan dan naungan.

· Negeri – bermaksud kawasan, spt negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.

· Apabila membuat perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kuasa asing, keseluruhan kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya.

(B) KONSEP NEGARA YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TANAH MELAYU (TM).

· Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dgn menetapkan sempadan setiap negeri dan konsep kerajaan beransur luput.

· Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan Malayan Union (MU) pd thn 1946.

· Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pd thn 1948 – menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.

· British memberikan kemerdekaan kpd PTM menjadikan negara yg merdeka pd 1957.

· Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dgn PTM mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.

(C) KONSEP BANGSA DALAM KONTEKS NEGARA MALAYSIA

· Merujuk kpd sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.

· Bila PTM diisytiharkan merdeka pd 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pd 16 Sept 1963, lahirlah negara dan bangsa Malaysia.

· Bangsa Malaysia – masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.

· Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.

· Pembentukan bangsa Malaysia – hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

3.2 NEGARA BANGSA DI EROPAH

(A) KONSEP NEGARA BANGSA

· Berasaskan sempadan rumpun bangsa dan persamaan bahasa.

(B) PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI BARAT

· Perang Kemerdekaan 1776 dam Revolusi Perancis 1789 menyebabkan munculnya idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa Eropah.

· Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bg menggantikan bentuk negara feudal.

· Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yg mempunyai penduduk berbilang bangsa.

· Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prinsip penentuan negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.

· PD I mengakibatkan empayar Austria-Hungary dan Turki dibahagikan dan muncullah negara-negara baru.

· Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah satu pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali.

· Pengunduran tentera Perancis dari Rom – Rom dan Itali disatukan.

· Tindakan Otto Von Bismarck – gunakan real politik serta politik darah dan besi utk satukan Jerman

· Tujuh negara bangsa baru – Chechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland & Yugoslavia.

(C) PEMBENTUKAN NEGARA ITALI OLEH COUNT CAMILLO BENSO DI CAVOUR.

· Itali satukan wilayah-wilayah di bahagian utara spt Venetia dan Lombardy dgn menghalau orang Austria utk membentuk sebuah pemerintahan.

· Menyatukan Itali menjadi sebuah negara dgn meggunakan amalan realpolitik.

· Sangat menyanjung pemerintahan monarki – wujudkan kerjasama dgn Napoleon III (pemerintah Perancis) – menentang Austria pd 1860 dan berjaya.

· Melalui pungutan suara – memperoleh sokongan majoriti utk satukan Itali.

· Wilayah Venetia dipulangkan kpd Itali pd 1866 oleh Perancis sbg balasan kpd Itali kerana membantu Prussia tewaskan Austria.

· 1870 – Perancis undurkan tenteranya dari Rom dan Camillo mengambil peluang menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa Itali.

(D) OTTO EDUARD VON BISMARCK MEMBENTUK NEGARA JERMAN

· Mengamalkan Realpolitik dan politik darah dan besi utk satukan Jerman.

· Gunakan pelbagai taktik – tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan utk mencetuskan peperangan.

· Anjurkan sistem diktator yg diterima oleh semua rakyat utk penyatuan Jerman.

· Gunakan isu membenci kuasa asing utk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

· Melancarkan tiga peperangan menentang musuh – Denmark, Austria dan Perancis.

(E) PERBEZAAN PEMBINAAN NEGARA ISLAM MADINAH DENGAN NEGARA BANGSA DI EROPAH

· Pembentukan negara Islam Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi.

· Merupakan satu penyatuan melalui prinsip Islam.

· Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.

· Penduduk pelbagai bangsa disatukan melalui Piagam Madinah.

· Pembentukan negara Islam secara diplomasi, musyawarah dan pemuafakatan.

· Pembentukan negara disebabkan sujudnua amalan kerjasama dan pemuafakatan antara pemimpin dgn pemimpin dan antara pemimpin dgn rakyat.

(E) CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

NEGARA

· Wilayahmempunyai penduduk , sempadan dan pemerintah yang berwibawa.

· Malaysia PTM, Sabah & Sarawak.

· Merujuk kpd institusi pemerintahan yg tersusun bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

BANGSA

· Sekumpulan manusia yg mendiami sebuah wilayah seta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

KERAJAAN

· Ialah institusi pemerintah yg bertanggungjawan menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.

· Merangkumi semua badan yg membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar negara.

· Bertindak sbg pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.

· Tiga badan – Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

PERLEMBAGAAN

· ialah peraturan tertinggi – secara bertulis atau tidak bertulis – menjadi rujukan dan panduan bg mentadbir dan memerintah sesebuah negara.

· Malaysia – perlembagaan ialah peraturan bertulis tertinggi didokumenkan dan dijadikan rujukan utk mentadbir negara.

· Tujuan – memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

3.3 KESULTANAN MELAYU MELAKA

(A) CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

· Mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yg luas – keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

· Kedaulatanraja yg memerintah negeri bebas daripada campur tangan, paksaan dan penjajahan,mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.

· Lambangsistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana, bahasa Melayu dan agama Islam – identiti Melaka.

· Sumber undang-undang bertulis – adat tempatan dan agama Islam – Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka.

· Hukum Kanun Melaka

44 fasal – bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.

Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dsb.

· Undang-undang Laut Melaka

berkaitan tatacara pelayaran – tanggungjawab pengawal layar, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

· Rakyat – bertanggungjawab untuk mentaati raja yg memerintah, bersedia mempertahankan negara, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dsb.

· Sultanpemerintah tertinggi – dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana – tonggak institusi kerajaan yg memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.

(B) UNSUR KMM YANG DIWARISI NEGERI-NEGERI MELAYU

· Sistem pemerintahan – Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem KMM.

· Gelaran sultan pada awal nama masing-masing.

· Sistem pewarisan takhtapentingkan jurai keturunan sebelah bapa putera sulung sultan dgn permaisurinya.

· Sistem Pembesar Empat Lipatan hanya berbeza pada gelaran pembesar.

· Undang-undang – disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka utk disesuaikan dgn unsur tempatan.

· Adat istiadat pertabalan raja, pembacaan doa, melafaz ikrar, bersiram, dan berarak dgn iringan alat-alat kebesaran.

· Cop mohor digunakan dalam urusan rasmi utk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.

· Alat kebesaran keris atau pedang dan payung ubur-ubur berwarna kuning ketika baginda diadakan upacara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.

· Nobat- dimainkan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan sultan.

· Agama Islam – agama rasmi.

· Bahasa Melayubahasa dalam.

· Warna putih – sultan dn kuning – kerabat di raja.

· Adat menjunjung duli, menyembah raja dan berpakaian ketika mengadap raja.

· Pakaian dan perhiasanemas bertatah permata penuh dgn unsur-unsur seni.

3.4 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR (1895)

· Pengasas – Sultan Abu Bakar

· Kandungan

perkara tentang keturunan sultan tentang pewaris takhta

pengiktirafan orang Melayu Johor sbg rakyat Johor

agama Islam sbg agama rasmi

· kedudukan sultan

- raja – bangsa Melayu, lelaki, agama Islam

- raja, menteri dan jemaah pangkuan negeri – dilarang menyerahkan negeri kpd kuasa luar

- raja – berkuasa melantik Menteri Besar dan Naib Menteri Besar – dipilih oleh Jemaah menteri dgn perkenan raja

· Struktur Pentadbiran Negeri Johor

- Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua,

1. Majlis Negeri

- mempunyai kuasa perundangan

- Menteri Besar

- Pengerusi - YDP

- Bantu raja dan JM dlm mentadbir negeri dan rakyat

2. Jemaah Menteri

- mempunyai kuasa pelaksanaan.

- Terdiri drp 8 – 12 orang pegawai kanan kerajaan

- Bangsa Melayu, Islam, dan merupakan rakyat Johor

- Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja dan Kerajaan Johor.

- Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.

- Penggubalan perlembagaan bertulis – didorong oleh pemerintah untuk membina kerajaan bercorak demokrasi bg menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.

- Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran bagi menghalang rancangan British menguasai Johor.

3.5 SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

· Tujuan – licinkan pentadbiran dan pemerintahan

· Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I dgn melantik beberapa orang pembesar utk membantu pentadbiran

· Diperkemaskan oleh S. Muhammad II dgn mewujudkan 8 badan Jemaah Menteri (JM)

· Setiap jemaah mempunyai bidang tugas masing-masing

JEMAAH

FUNGSI

Jemaah Penasihat Istana

· perkara dan urusan penting yang bukan rahsia

JM Istana

· istiasat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan

JM Keadilan dan Kehakiman

· kendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman

JM Dalam Negeri

· menjaga keamanan negeri

JM Luar Negeri

· uruskan dasar dan hal ehwal luar negara

JM Perbendaharaan

· kendalikan harta benda dan hasil mahsur

JM Peperangan

· uruskan pertahanan dan keamanan negeri

JM Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri

· uruskan kemajuan dan pembangunan negeri

· S.M II singkirkan kerabat diraja yang terlibat dlm pertikaian merebut kuasa dan gantikannya dgn pembesar yg bergelar nik dan wan

· Golongan pembesar membantu kukuhkan kewibawaan SM II dgn memberikan taat setia yg tidak berbelah bahagi

3.6 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU (1911)

· Diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III

· Diluluskan pada 1911

· Dikenalai sbg iltiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk – “keyakinan kpd pemerintah yg berdasarkan keadilan”

· Berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

· Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusahakan meluaskan kuasanya di Trg

· Masih kekalkan amalan sistem monarki dgn memberikan kedudukan istimewa kpd agama Islam – agama rasmi negeri

· Amalkan pemerintahan beraja berperlembagaan

· Pemerintah mesti – beragama Islam, Melayu, lelaki, dan waris Sultan yg memerintah Trg

· Pemerintahan Sultan - dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan JM

· MMK – diketuai oleh Menteri Besar yg dilantik oleh sultan

· JM – berhak memilih Naib MB setelah diperkenankan oleh Sultan

· Ahli MMK bertanggungjawab

- membantu Sultan dan JM untuk mentadbir negeri,

- menggubal undang-undang dan peraturan negeri,

- menjaga kebajikan rakyat,

- menjaga keamanan dan

- menjalinkan hubungan persahabatan dgn negeri lain

· Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah drpd menyerahkan negeri kepada kuasa lain

· Pemerintah Trg menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yg teratur dan mantap utk menjamin sistem pentadbiran yg berkesan

· Perlembagaan bertulis- gambarkan kebijaksaan pemerintah Trg utk meningkatkan kecekapan seistem pentadbiran dan sbg benteng utk mengekalkan kedaulatan negeri

3.7 PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

· Pemerintah tertinggi – Yang Dipertuan Besar (YDB)

· Peranan Undang

melantik YDB

perunding dalam setiap keputusan yg dibuat oleh YDB

ketua luak

· Empat luak utama

- Rembau

- Johol

- Sg. Ujong

- Jelebu

· Unsur-unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan

- berdasarkan Adat Perpatih – kedaulatan berada di tangan rakyat

- pelantikan pemimpin dibuat drpd peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik YDB

- Pelantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah walaupun YDB pemerintah tertinggi kerajaan

- Setiap keputusan yg dibuat oleh YDB adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang

- Setiap luak ditadbir oleh Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga

- Undang dipertanggungjawabkan melantik YDB

- Lembaga dilantik oleh Buapak – merupakan ketua suku anggota masyarakat yg bertanggungjawab terhadap suku masing-masing

- Lembaga – berkuasa melantik individu yg layak menjadi Undang

- Buapakmerupakan Ketua Perut - menjadi tempat rujukan bg setiap masalah, khususnya yg berkaitan dgn adat

- Setiap anggota dikenali sbg Anak Buah

- Sistem mengagihkan kuasa kpd individu mengikut peringkat menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di N.9 mempunyai unsur demokrasi

· Amalan Adat Perpatih

- kepentingan bersama

- semangat gotong royong

- bermuafakat di kalangan masyarakat utk memilih pemimpin

- saling menghormati di antara satu sama lain

- melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama, semangat gotong royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.

1 comments:

Unknown said...

really helped me a lot thank you

Post a Comment

 
© Copyright by LAMAN CHEGU RIDHWAN  |  Template by Blogspot tutorial