Tuesday, September 1, 2009

1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA


A) Maksud Imperialisme Barat

- Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain

- mula sejak abad ke 16

- krn hasrat utk kuasai politik, ekonomi dan sosial.

B)

Imperialis Barat

Negara Yang dijajah

Portugis

Melaka dan Timur-Timor

Sepanyol

Filipina

Belanda

Indonesia

Britain

TM, Sabah, Sarawak, Brunei & Burma

Perancis

Indochina

Amerika Syarikat

Filipina

C) Faktor-faktor imperialisme Barat

- Kedudukan yg strategik di antara China & India

- Tanah subur sesuai pelbagai tanaman – tebu, tembakau, kopi, kelapa, getah, & kelapa sawit.

- Kaya bahan mentah spt rempah, bijih timah, kayu jati & petroleum.

- Kepesatan sektor perindustrian membolehkan pengeluaran pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran & perlukan bahan mentah secara konsisten

- Perlukan pasaran baru utk pasarkan hasil pengeluaran kilang

- Penggunaan kapal berkuasa wap -muatan lebih banyak, percepatkan perjalanan Barat dgn Timur & jimatkan kos pengangkutan

- Pembukaan Terusan Suez (1869) – pendekkan jarak perjalanan B – T, selamat & jimatkan kos.

- Penciptaan telegraf – cepatkan perhubungan pegawai tanah jajahan & wakil perniagaan B – T – lebih berkesan.

- Persaingan kuasa Barat – AT menjadi mangsa imperialisme – lambang kekuasaan & kekayaan

- Slogan Beban Orang Putih – mendakwa mereka lebih maju & bertamadun

- Merasakan tanggungjawab utk memimpin org Timur

- Perancis dgn slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun” – sebarkan agama Kristian kpd penduduk di tanah jajahan.

1.2 PERUBAHAN SISTEM POLITIK

A) Perubahan Pentadbiran Oleh Imperialisme Barat di AT (SPM 2004)

- Perkenalkan sistem Birokrasi barat – gantikan pemerintahan beraja

- Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah jajahan

- Pelantikan Gabenor Jeneral – ketua pentadbir di tanah jajahan

- Pelaksanaan pentadbiran melalui biro atau jajahan utk licinkan pentadbiran

- Pelantikan pegawai Barat sbg ketua biro mengawasi pegawai bawahan

- Pengenalan undang-undang Barat

- Pemerintahan tempatan dipaksa terima penasihat pentadbir Barat

- Penubuhan Jabatan Kerajaan – Jab. Kesihatan, Jab. Pertanian & Jab. Pelajaran

B) PERUBAHAN DI FILIPINA

1. Sistem Encomienda

- diperkenalkan oleh Sepanyol – diketuai oleh Encomiendero

- tugas Encomiendero – jaga keamanan, kutip cukai, & kristiankan penduduk barangay

2. Faktor-faktor penentangan penduduk

- cukai yg tinggi

- kerahan tenaga

- paksa penduduk bekerja di ladang-ladang

3. Perubahan Pentadbiran

- Sistem Pentadbiran Berpusat – Gabenor Jeneral sbg pemerintah

- Ketua Datuk Bandar – mentadbir wilayah

- Gabenor Kecil - mentadbir Bandar

- Encomendero – pentadbir peringkat tempatan

- Penyatuan barangay - “encomienda” – kemerosotan sIstem pemerintahan tradisional & pengaruh golongan datu

C) PERUBAHAN DI INDONESIA

- Pentadbiran Pusat diketuai Gabenor Jeneral gantikan pemerintahan beraja

- Pentadbiran tempatan oleh pembesar tempatan di bawah pengawasan pegawai Belanda

- Jabatan Kerajaan Jab. Pertanian & Jab. Pelajaran

- Penubuhan Dewan Tempatansbg penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perudangan

- Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat) – langkah ke arah kemerdekaan (atas desakan Sarekat Islam)

D) PERUBAHAN DI BURMA

1. SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

- Sistem pemerintahan beraja – Dinasti Konbaung

- Raja ketua pemerintah & penaung kpd sami Buddha

- Terdapat Hluttaw @ Majlis diraja

- Wun pegawai tinggi kerajaan yg membantu raja di peringkat pusat

- Myothugyiketua Bandar / ketua pentadbiran peringkat Bandar

- Ahmudan pegawai diraja yg terdiri drp pegawai khas raja

- Athi pembesar-pembesar tradisional yg ketuai pentadbiran peringkat daerah

2. SELEPAS KEDATANGAN BRITISH

- Pesuruhjaya Tinggi Britishpemerintah tertinggi di Burma – hapuskan sIstem beraja Dinasti Konbaung, & jawatan pembesar tradisional peringkat pusat

- Akta Kampung Hulu 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 lenyapkan system pentadbiran tradisional

- Sistem undang-undang Barattubuhkan Majlis Perundangan

- Penubuhan beberapa jabatan – Jab. Perhutanan, J. Pelajaran & J. Kesihatan

D) PERUBAHAN DI INDOCHINA

1. SEBELUM PENJAJAHAN PERANCIS

- Pentadbiran kerajaan pusat berkuasa mutlak yg memberikan kuasa penuh kpd pembesar tempatan

- Setiap birokrasi ditadbir oleh golongan Mandarin yg dipengaruhi Tanah Besar China

- Mandarin – dipilih melalui peperiksaan dlm bidang bahasa & kesusasteraan China

2. PENJAJAHAN PERANCIS

- Penubuhan Union Indochinoiseiaitu kerajaan pusat yg terdiri drp Vietnam, Kemboja & Laos.

- Gabenor Jeneral ketuai pentadbiran & bertanggungjawab terus kpd Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

- Leftenan Gabenor ketuai pemerintahan wilayah jajahan naungan diikuti oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah.

- Rang undang-undang – diluluskan oleh Parlimen Perancis.

- Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

E) PERUBAHAN DI TANAH MELAYU

- Penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja dan pentadbiran diketuai oleh Kapten.

- Pemerintahan Belanda – institusi raja terus terhapus.

- Pemerintahan British – pembentukan NNS – Melaka, Singapura & Pulau Pinang.

- Gabenorpemerintah tertinggi NNS & dibantu oleh residen kaunselor di ketiga-tiga negeri.

- NNMB – Perak, Selangor, N. 9 & Pahang – pengenalan sistem Residen.

- NNMTB – Kedah, Kelantan, Trg, Perlis & Johor – pengenalan Sistem Penasihat.

- Residen & Penasihat British – diletakkan di bawah Gabenor NNS.

- Tugas utama Residen & Penasihat British – menasihati Sultan dlm semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

- Pengenalan sistem Kehakiman Barat

- Pelaksanaan sistem pengutipan cukai tanah dan hasil hutan

- Pentadbiran negeri dibahagikan kpd beberapa daerah.

- Penubuhan balai polis utk kawal keselamatan.

- Peranan raja dan pembesar terjejas hanya berkuasa dalam agama dan adapt istiadat.

- Pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.

F) PENTADBIRAN NEGARA THAI DI BAWAH SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL

- Birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn.

- Rj Mongkut – telah melantik 80 org penasihat Barat utk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.

- Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain, penasihat kastam dr Am. Syarikat dan ketenteraan dr Perancis.

- Rj Chulalongkorn – perkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat tertinggi dan Kabinet Menteri.

- Juruaudit dr Britain – dilantik utk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

- 1932 – pengenalan sistem Raja Berperlembagaan gantikan sistem raja berkuasa mutlak.

G) KESAN PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT TERHADAP SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL DI ASIA TENGGARA.

- Terhapusnya sistem pemerintahan beraja Indonesia & Burma – digantikan dgn Gabenor Jeneral.

- Tanah Melayu – sistem pemerintahan beraja kekal tetapi peranan raja hanya dlm bidang agama & adat istiadat.

- Daerah dan wilayah disatukan di bawah pentadbiran pusat – diketuai oleh Gabenor Jeneral & Pesuruhjaya Tinggi.

- Peranan pembesar daerah terhapus – digantikan dgn pegawai Barat.

- Tugas pembesar di peringkat pusat digantikan dgn biro (jabatan)

- Jawatan penghulu dan pembesar tempatan – di bawah pengawasan pegawai Barat.

- Sistem perundangan tradisional terhapus – digantikan dgn perundangan Barat – pewujudan Badan Kehakiman & Mahkamah.

- Raja dan pembesar yang bertindak mengutip cukai diambil alih oleh pihak Barat dgn pengenalan pelbagai jenis cukai & peraturan tanah yg ketat.

- Penubuhan balai polis utk kawal keselamatangantikan tugas pembesar daerah.

- Menghapus sistem hamba yg dimiliki oleh raja dan pembesar tradisional.

- Birokrasi Barat yg ambil alih peranan raja dan pembesar mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

A) MAKSUD NASIONALISME

- Perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajah.

- Melibatkan pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.

B) FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA PADA AWAL ABAD KE-20.

1. Dasar penjajahan Barat menimbulkan rasa tidak puashati rakyat kerana

- sistem birokrasi Barat – tiada peluang utk rakyat tempatan dlm pentadbiran moden.

- Masih kekal dlm ekonomi tradisional yg serba kekurangan.

- Dasar penindasan penduduk peribumi dlm ekonomi penjajah – sistem Tanaman Paksa (Indonesia) & sistem Polo (Filipina).

- Wujudkan sistem kelas golongan elit dgn golongan rakyat – wujud jurang sosial di kalangan rakyat tempatan.

- Dasar keterbukaan penjajah terhadap imigran yg kuasai ekonomi tempatan.

2. Pengaruh agama berjaya menyatukan rakyat tempatan utk hadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat dan agama Kristian.

- Gerakan Islah di Indonesia & TM serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma.

- Gerakan Islah – perjuangkan Pan-Islamisme – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.

- Agama kristian yg diperkenalkan oleh Sepanyol satupadukan penduduk peribumi utk menentang Sepanyol yg anggap penganut kristian tempatan kelas kedua.

3. Karya kesusasteraan berjaya sampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap negara.

- Filipina – novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal – cetuskan gerakan nasionalisme – jadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau AT.

- Indonesia – cerpen Kerikil-kerikil Tajam Ke Makam Bonda Chairil Anuar.

- T. Melayu - Puteri Gunung Tahan Pak Sako.

4. Mengamalkan sikap pilih kasih dlm menyediakan kemudahan pendidikan – utamakan sekolah yg gunakan bahasa penjajah sbg bahasa pengantar.

- Rakyat – peringkat rendah, pendidikan Barat – terhad kpd golongan elit & penduduk bandar.

- Indonesia – anak golongan priyayi – pendidikan tersendiri & diasingkan drpd org kebanyakan – tujuan – pecahkan perpaduan rakyat tempatan.

- Burma – pendidikan sekular dan sekolah mubaligh – mengancam sekolah Buddha.

- T. Melayu – lepasan sekolah vernakular sukar dpt pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

5. Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendidikan di Barat & Asia Barat – didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.

6. Pengaruh media massa – akhbar & majalah - sebarkan idea-idea nasionalis & tanam perasaan anti penjajah kpd rakyat spt

- VietnamTribute Indegene & Cloche Felee.

- T. Melayu – al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya & Majlis.

7. Perkembangan sistem pengangkutan jalan keretapi & jalan raya – mudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang tentang idea nasionalisme.

8. Perkhidmatan telefon dan telegaf – mudahkan perhubungan para nasionalis.

9. Pengaruh luar – kejayaan Jepun tewaskan China (1895) dan Rusia (1905) – meyakinkan keupayaan Negara kecil kalahkan Negara besar.

10. Perjuangan Mahatma Gandhi (mogok lapar) – inspirasi kpd nasionalis.

C) CIRI-CIRI PERGERAKAN NASIONALISME TAHAP PERTAMA DI ASIA TENGGARA.

(SPM 2004)

- Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat.

- Utamakan pendidikan bangsa.

- Tidak meminta kemerdekaan segera.

- Penentangan lebih bersifat individu atau kumpulan yang tidak berorganisasi.

- Gunakan isu-isu kebudayaan, agama & hak peribumi sbg mencetuskan gerakan nasionalisme.

- Pemimpingolongan pertengahan yg berpendidikan Barat & Asia Barat.

- Tekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.

- Menuntut hak-hak mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki.

D) CIRI-CIRI NASIONALISME TAHAP KEDUA DI ASIA TENGGARA.

- Lebih bersifat radikal – lakukan penentangan secara revolusi.

- Berorganisasi – penubuhan pertubuhan politik – dianggotai oleh rakyat.

- Pemimpin – golongan berpendidikan Barat & berpengetahuan luas dlm bidang kebudayaan.

- Matlamat – tuntut kemerdekaan.

- Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

E)

TOKOH

PERTUBUHAN POLITIK

Andres Bonifacio

Katipunan

Soekarno

Parti Nasionalis Indonesia

Nguyen Thai Hoc

Parti Viet Nam Quoc Dang Dang

Ho Chi Minh

Parti Komunis Vietnam

Aung San / Kyaw Nein / U Nu

Parti Dobama Asiayone

F) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA.

- Gerakan dakyah – pimpinan Jose Rizal – gerakan nasionalisme pertama di AT.

- Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.

- Menuntut bangsa Filipina diberikan hak yg sama spt bangsa Sepanyol.

- Mendesak bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.

- 1892 – JR tubuhkan Liga Filipina – desak kerajaan Sepanyol lakukan pembaharuan politik, ekonomi & sosial.

- JR ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao kerana kerajaan Sepanyol rasa terancam.

- JR dihukum bunuh – tuduhan terlibat dengan pemberontakan.

- Katipunan - gerakan nasionalisme yg lebih radikal.

- Radikal matlamat perjuangan – menyatukan bangsa Filipina & mencapai kemerdekaan melalui revolusi.

- Gunakan media cetakakhbar Kalayan utk sebarkan fahaman revolusi kpd rakyat.

- 1896 – Revolusi bersenjata oleh Katipunan utk gulingkan Sepanyol tp gagal.

- 1897 – Bonifacio dihukum mati -Katipunan makin lemah – digantikan oleh Emilio Aguinaldo.

- Kerjasama dgn Amerika Syarikat usir Sepanyol (1898).

- Penguasaan Amerika Syarikat ke atas Filipina selepas peningkiran Sepanyol.

- Penangkapan Aguinaldo krn lancarkan revolusi selepas Amerika Syarikat enggan mengesahkan Perisytiharan Kemerdekaan Filipina (1899).

- Kebenaran menubuhkan parti-parti politik sederhana oleh AS.

- Sergio Osmenaketuai Dewan Perhimpunan setelah menang pilihanraya 1907 (Parti Nasional).

- Menuntut kemerdekaan – melalui perlembagaan pd 1930-an.

F) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA.

- Tahap pertama – tumpuan kepada isu-isu pendidikan.

- Peranan Raden Adjeng Kartinikarya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa – dedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda.

- Memberi inspirasi utk menubuhkan pertubuhan yg lebih tersusun spt Muhammadiyah.

- Muhammadiyahutk sebarkan Islam yg sebenar & hindari ancaman sekularisme Barat & agama Kristian – dirikan sekolah, klinik & masjid.

- Tahap kedua – perjuangan parti-parti politik radikal – Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia & Parti Nasional Indonesia.

- PNIpimpinan Soekarno – perjuangannya dpt mempengaruhi rakyat Indonesia utk bebaskan Indonesia secara revolusi.

- Belanda tangkap pemimpin-pemimpin radikal termasuk Soekarno – dipenjara & buang negeri ke Flores.

- PNI diharamkan.

- 1945 – Soekarno isytiharkan kemerdekaan Indonesia tp kemerdekaan tercapai pd 1949.

G) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA.

- Gerakan awal – Vietnam – dipelopori oleh golongan bangsawan & Mandarin – perjuangkan pemulihan sistem beraja.

- Golongan menengah berpendidikan Barat - perjuangkan pendidikan Barat kpd rakyat – pimpinan Phan Boi Chau – gerakan revolusi tp gagal.

- PBC tubuhkan Viet Nam Quoc Phu Hoi (VNQPH)- lancarkan pemberontakan di Tongkin & gerakan dakyah di V.

- PBC dipenjara & VNQPH diharamkan.

- Tahap kedua – secara radikal – VNQDD & PKV.

- Perancis tangkap pemimpin VNQDD – hukum bunuh Nguyen Thai Hoc & Ho Chi Minh (PKV) – larikan diri ke Hong Kong.

- Gerakan nasionalisme bercorak sederhana – pimpinan Maharaja Bao Dai – dilarang terlibat dgn gerakan nasionalisme.

- Ho Chi Minh – isytiharkan kemerdekaan Vietnam slps tamat pendudukan Jepun.

H) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI BURMA.

- Tahap pertama – perjuangan golongan sami Buddha & elit berpendidikan Barat.

- Tubuhkan Persatuan Belia Buddha (YMBA) – bertujuan mengekalkan tradisi Buddha dan majukan pendidikan rakyat.

- Gunakan Isu Kasut – Utk bangkitkan semangat nasionalisme rakyat.

- Pemimpin radikal – U Ba Pe (1916) – kemudian tubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma.

- Tahap kedua – muncul bila Laporan Montagu-Chelsford – Burma masih belum bersedia utk memerintah sendiri.

- Revolusi Pelajar – tercetus kerana menuntut penubuhan sebuah universiti.

- Pemberontakan Saya San – pimpinan Saya San (bekas pongyi & pemimpin di Tharawaddy) – melalui Majlis Am Sangha Sametggi. Gagal.

- Liga Antipemisahan – anggap pemisahan dgn India akan lewatkan kemerdekaan.

- Perlembagaan Burma 1955 – peluang ke arah berkerajaan sendiri.

- Parti Dobama Asiayone – ditubuhkan oleh golongan Thakin (siswazah u) utk tuntut kemerdekaan.

- Pemimpin – Aung San, Kyaw Nein & U Nu – gelarkan diri sbg “Tuan”.

- PM pertama – Dr. Ba Maw – menang pilihanraya 1937.

- Rombongan kemerdekaan – diketuai Aung San ke Britain & tubuhkan kerajaan baru yg merdeka pd 1948.

I) GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND.

- Tahap pertama – kegelisahan rakyat krn penguasaan politik oleh kerabat di raja & penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

- Pemimpin – golongan intelek Thailand yg terdedah dgn fahaman liberal, sistem demokrasi & sistem raja berperlembagaan.

- Rakyat tidak puas hati dgn kelemahan s. pentadbiran & sikap boros Rj Vajiravudh.

- 1932 – penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong & Field Marshall Phibul Songram.

- PR lancarkan Revolusi Thai 1932tamat sistem beraja mutlak.

- Tahap kedua – tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat & org Cina.

- PS (PM) – luluskan undang2 sekat kebebasan penguasaan ekonomi org cina.

- Penduduk pribumi digalakkan dlm aktiviti ekonomi.

- Jawatan tertinggi dlm kerajaan – penganut Buddha shj.

- 1939 – tukar nama Siam kpd Thailand.

- Kerjasama dgn Jepun – PD II – berjaya dptkan semula wilayah di Indochina dan Tanah Melayu.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright by LAMAN CHEGU RIDHWAN  |  Template by Blogspot tutorial