Wednesday, September 2, 2009

PENDIDIKAN MORAL UJIAN PROGRESIF SEPTEMBER 2009tingkatan 4


PENDIDIKAN MORAL

UJIAN PROGRESIF SEPTEMBER 2009tingkatan 4

SM Teknik Sandakan

Soalan 1

Keluhan Sang Bumi

Tatkala manusia rakus mengejar pembangunan

Tanpa belas meratah segala isi alam

Hutan batu tumbuh melata

Pencemaran bermaharajalela

Projek perumahan pula gah berdiri

Dengarlah wahai manusia

Ayuh kita berganding bahu

Menjaga alam sekitar

Agar hidup tiada lagi derita

a. Jelaskan dua nilai yang ingin disampaikan melalui sajak di atas. (4 m)

i. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b. Selain banjir kilat, nyatakan dua bencana alam lain yang akan berlaku akibat pencemaran alam yang berleluasa. (2 m)

i

c. Nyatakan empat amalan yang perlu ada dalam kalangan masyarakat untuk membentuk masyarakat lestari. (4 m)

Soalan 2

Setiap negeri yang terlibat dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mempunyai program dan projek pembangunan masing-masing. NCER memberikan manfaat kepada seluruh rakyat secara saksama.

a. Huraikan dua nilai yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. (6m)

i. Jelaskan satu nilai yang harus diamalkan oleh rakyat berbilang kaum dalam mengekalkan kemakmuran negara. (3 m)

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c. Nyatakan satu program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk Malaysia. (1 m)

Soalan Esei

· Bayi dijumpai mati di bawah rimbunan pokok

· Bayi masih hidup dijumpai di dalam plastik

· Bayi cacat ditemui di dalam tong sampah

Berdasarkan tajuk-tajuk akhbar di atas, jelaskan dua nilai murni yang sepatutnya diamalkan untuk menangani masalah pembuangan bayi. (10 m)

Skema PSK Ujian Progresif 09/09 Tingkatan 4


S1

i. Hari Raya Aidilfitri

ii. Tahun Baru Cina

iii. Hari Natal

iv. Deepavali

v. Hari Gawai

S2

i. Orang tua dapat bergaul dengan kawan seusia dengan mereka

ii. Orang tua mendapat penjagaan yang sempurna

iii. Orang tua dapat menghilang kebosanan

S3

i. Orang tua merasakan diri mereka diabai oleh keluarga

ii. Orang muda mengambil jalan mudah menghantar orang tua ke rumah orang tua

iii. Hubungan kekeluargaan terancam

S4

i. Mengeratkan hubungan kekeluargaan

ii. Mengekalkan hubungan persaudaraan

S5

I. Memupuk perpaduan kaum

II. Memulih hubungan renggang dengan saudara mara

S6

i. Memupuk perpaduan

ii. Dapat mengenali jiran lebih rapat

S7

i. Tidak menyediakan masakan daging lembu kepada kaum india

ii. Tidak menyediakan makanan yang haram bagi orang Islam

iii. Tidak menyediakan daging kepada sebahagian orang Kristian pada hari Jumaat.

iv. Tidak bercakap tentang perkara yang menjejaskan perpaduan kaum

S8

i. Mempercayai kewujudan Tuhan

ii. Mendiakan hukum dan peraturan

iii. Menekankan konsep ganjaran dan pembalasan

iv. Mengangkat martabat dan menyatukan manusia

S9

i. Amanah

ii. Tanggungjawab

iii. Sederhana

iv. Berdisiplin

S10 Hari Raya aidiladha (hari raya korban)

S11 Agama hindu

· Terma jawapan bergantung kepada jawapan pelajar. Skema ini hanya sebagai panduan.

PSK Ujian Progresif 09/09

UJIAN PROGRESIF

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN 4

SEPTEMBER 2009

1. Berikan lima perayaan utama penduduk Malaysia. (5 M)

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________

iv. __________________________________________________________________

v. __________________________________________________________________

2. Berikan 2 kelebihan penubuhan rumah orang-orang tua di Malaysia (2M)

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

3. Berikan 3 kekurangan penubuhan rumah orang-orang tua di Malaysia (3 M)

i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________

iii. ___________________________________________________________________

4. Berikan 2 kelebihan amalan balik kampung semasa hari perayaan. (2 M)

i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________

5. Berikan 2 kelebihan amalan ziarah menziarahi semasa hari perayaan. (2 M)

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

6. Apakah kepentingan rumah terbuka di Malaysia?. (2 M)

i. __________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________

7. Penganjur sesuatu majlis rumah terbuka seharusnya prihatin terhadap beberapa perkara supaya tidak menyinggung perasaan para tetamu yang berlainan agama. Berikan contoh-contohnya. (4 M)

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________

iv. __________________________________________________________________

8. Berikan prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama. (4 M)

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________

iv. ___________________________________________________________________

9. Berikan 4 nilai murni yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia. (4 M)

i. ____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________________

iv. _____________________________________________________________________

10. Berikan nama agama yang melarang penganutnya memakan daging lembu. (1 M)

I. _____________________________________________________________________

11. Penganut agama ini memberi daging lembu kepada orang miskin. Berikan nama agama ini. (1 M)

I. _____________________________________________________________________

Tuesday, September 1, 2009

Kenangan Di SMK Belawai




















Guru Rumah Sukan



















riang dengan kekalahan

3.1 LATAR BELAKANG NEGARA DAN BANGSA

oleh cikgu Fatimah Abdul Khalid, SMTS

(A) KONSEP NEGARA DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

· Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan adanya raja.

· Kedudukan raja – tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.

· Raja – memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yg mendiami wilayahnya.

· Rakyat – menerima dan mengakui kekuasaan raja.

· Kesetiaan rakyat – menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yg diperintah.

· Kerajaan yg kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yg lemah utk mengembangkan empayar – cth KMM.

· KMM – banyak negeri taklukan dan naungan.

· Negeri – bermaksud kawasan, spt negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.

· Apabila membuat perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kuasa asing, keseluruhan kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya.

(B) KONSEP NEGARA YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH DI TANAH MELAYU (TM).

· Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dgn menetapkan sempadan setiap negeri dan konsep kerajaan beransur luput.

· Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan Malayan Union (MU) pd thn 1946.

· Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pd thn 1948 – menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.

· British memberikan kemerdekaan kpd PTM menjadikan negara yg merdeka pd 1957.

· Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dgn PTM mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.

(C) KONSEP BANGSA DALAM KONTEKS NEGARA MALAYSIA

· Merujuk kpd sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.

· Bila PTM diisytiharkan merdeka pd 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pd 16 Sept 1963, lahirlah negara dan bangsa Malaysia.

· Bangsa Malaysia – masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.

· Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.

· Pembentukan bangsa Malaysia – hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

3.2 NEGARA BANGSA DI EROPAH

(A) KONSEP NEGARA BANGSA

· Berasaskan sempadan rumpun bangsa dan persamaan bahasa.

(B) PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI BARAT

· Perang Kemerdekaan 1776 dam Revolusi Perancis 1789 menyebabkan munculnya idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa Eropah.

· Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bg menggantikan bentuk negara feudal.

· Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yg mempunyai penduduk berbilang bangsa.

· Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prinsip penentuan negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.

· PD I mengakibatkan empayar Austria-Hungary dan Turki dibahagikan dan muncullah negara-negara baru.

· Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah satu pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali.

· Pengunduran tentera Perancis dari Rom – Rom dan Itali disatukan.

· Tindakan Otto Von Bismarck – gunakan real politik serta politik darah dan besi utk satukan Jerman

· Tujuh negara bangsa baru – Chechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland & Yugoslavia.

(C) PEMBENTUKAN NEGARA ITALI OLEH COUNT CAMILLO BENSO DI CAVOUR.

· Itali satukan wilayah-wilayah di bahagian utara spt Venetia dan Lombardy dgn menghalau orang Austria utk membentuk sebuah pemerintahan.

· Menyatukan Itali menjadi sebuah negara dgn meggunakan amalan realpolitik.

· Sangat menyanjung pemerintahan monarki – wujudkan kerjasama dgn Napoleon III (pemerintah Perancis) – menentang Austria pd 1860 dan berjaya.

· Melalui pungutan suara – memperoleh sokongan majoriti utk satukan Itali.

· Wilayah Venetia dipulangkan kpd Itali pd 1866 oleh Perancis sbg balasan kpd Itali kerana membantu Prussia tewaskan Austria.

· 1870 – Perancis undurkan tenteranya dari Rom dan Camillo mengambil peluang menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa Itali.

(D) OTTO EDUARD VON BISMARCK MEMBENTUK NEGARA JERMAN

· Mengamalkan Realpolitik dan politik darah dan besi utk satukan Jerman.

· Gunakan pelbagai taktik – tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan utk mencetuskan peperangan.

· Anjurkan sistem diktator yg diterima oleh semua rakyat utk penyatuan Jerman.

· Gunakan isu membenci kuasa asing utk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

· Melancarkan tiga peperangan menentang musuh – Denmark, Austria dan Perancis.

(E) PERBEZAAN PEMBINAAN NEGARA ISLAM MADINAH DENGAN NEGARA BANGSA DI EROPAH

· Pembentukan negara Islam Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi.

· Merupakan satu penyatuan melalui prinsip Islam.

· Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.

· Penduduk pelbagai bangsa disatukan melalui Piagam Madinah.

· Pembentukan negara Islam secara diplomasi, musyawarah dan pemuafakatan.

· Pembentukan negara disebabkan sujudnua amalan kerjasama dan pemuafakatan antara pemimpin dgn pemimpin dan antara pemimpin dgn rakyat.

(E) CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

NEGARA

· Wilayahmempunyai penduduk , sempadan dan pemerintah yang berwibawa.

· Malaysia PTM, Sabah & Sarawak.

· Merujuk kpd institusi pemerintahan yg tersusun bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

BANGSA

· Sekumpulan manusia yg mendiami sebuah wilayah seta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

KERAJAAN

· Ialah institusi pemerintah yg bertanggungjawan menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.

· Merangkumi semua badan yg membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar negara.

· Bertindak sbg pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.

· Tiga badan – Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

PERLEMBAGAAN

· ialah peraturan tertinggi – secara bertulis atau tidak bertulis – menjadi rujukan dan panduan bg mentadbir dan memerintah sesebuah negara.

· Malaysia – perlembagaan ialah peraturan bertulis tertinggi didokumenkan dan dijadikan rujukan utk mentadbir negara.

· Tujuan – memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

3.3 KESULTANAN MELAYU MELAKA

(A) CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

· Mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yg luas – keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

· Kedaulatanraja yg memerintah negeri bebas daripada campur tangan, paksaan dan penjajahan,mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.

· Lambangsistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana, bahasa Melayu dan agama Islam – identiti Melaka.

· Sumber undang-undang bertulis – adat tempatan dan agama Islam – Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka.

· Hukum Kanun Melaka

44 fasal – bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.

Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dsb.

· Undang-undang Laut Melaka

berkaitan tatacara pelayaran – tanggungjawab pengawal layar, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

· Rakyat – bertanggungjawab untuk mentaati raja yg memerintah, bersedia mempertahankan negara, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dsb.

· Sultanpemerintah tertinggi – dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana – tonggak institusi kerajaan yg memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.

(B) UNSUR KMM YANG DIWARISI NEGERI-NEGERI MELAYU

· Sistem pemerintahan – Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem KMM.

· Gelaran sultan pada awal nama masing-masing.

· Sistem pewarisan takhtapentingkan jurai keturunan sebelah bapa putera sulung sultan dgn permaisurinya.

· Sistem Pembesar Empat Lipatan hanya berbeza pada gelaran pembesar.

· Undang-undang – disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka utk disesuaikan dgn unsur tempatan.

· Adat istiadat pertabalan raja, pembacaan doa, melafaz ikrar, bersiram, dan berarak dgn iringan alat-alat kebesaran.

· Cop mohor digunakan dalam urusan rasmi utk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.

· Alat kebesaran keris atau pedang dan payung ubur-ubur berwarna kuning ketika baginda diadakan upacara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.

· Nobat- dimainkan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan sultan.

· Agama Islam – agama rasmi.

· Bahasa Melayubahasa dalam.

· Warna putih – sultan dn kuning – kerabat di raja.

· Adat menjunjung duli, menyembah raja dan berpakaian ketika mengadap raja.

· Pakaian dan perhiasanemas bertatah permata penuh dgn unsur-unsur seni.

3.4 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR (1895)

· Pengasas – Sultan Abu Bakar

· Kandungan

perkara tentang keturunan sultan tentang pewaris takhta

pengiktirafan orang Melayu Johor sbg rakyat Johor

agama Islam sbg agama rasmi

· kedudukan sultan

- raja – bangsa Melayu, lelaki, agama Islam

- raja, menteri dan jemaah pangkuan negeri – dilarang menyerahkan negeri kpd kuasa luar

- raja – berkuasa melantik Menteri Besar dan Naib Menteri Besar – dipilih oleh Jemaah menteri dgn perkenan raja

· Struktur Pentadbiran Negeri Johor

- Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua,

1. Majlis Negeri

- mempunyai kuasa perundangan

- Menteri Besar

- Pengerusi - YDP

- Bantu raja dan JM dlm mentadbir negeri dan rakyat

2. Jemaah Menteri

- mempunyai kuasa pelaksanaan.

- Terdiri drp 8 – 12 orang pegawai kanan kerajaan

- Bangsa Melayu, Islam, dan merupakan rakyat Johor

- Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja dan Kerajaan Johor.

- Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.

- Penggubalan perlembagaan bertulis – didorong oleh pemerintah untuk membina kerajaan bercorak demokrasi bg menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.

- Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran bagi menghalang rancangan British menguasai Johor.

3.5 SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

· Tujuan – licinkan pentadbiran dan pemerintahan

· Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I dgn melantik beberapa orang pembesar utk membantu pentadbiran

· Diperkemaskan oleh S. Muhammad II dgn mewujudkan 8 badan Jemaah Menteri (JM)

· Setiap jemaah mempunyai bidang tugas masing-masing

JEMAAH

FUNGSI

Jemaah Penasihat Istana

· perkara dan urusan penting yang bukan rahsia

JM Istana

· istiasat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan

JM Keadilan dan Kehakiman

· kendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman

JM Dalam Negeri

· menjaga keamanan negeri

JM Luar Negeri

· uruskan dasar dan hal ehwal luar negara

JM Perbendaharaan

· kendalikan harta benda dan hasil mahsur

JM Peperangan

· uruskan pertahanan dan keamanan negeri

JM Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri

· uruskan kemajuan dan pembangunan negeri

· S.M II singkirkan kerabat diraja yang terlibat dlm pertikaian merebut kuasa dan gantikannya dgn pembesar yg bergelar nik dan wan

· Golongan pembesar membantu kukuhkan kewibawaan SM II dgn memberikan taat setia yg tidak berbelah bahagi

3.6 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU (1911)

· Diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III

· Diluluskan pada 1911

· Dikenalai sbg iltiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk – “keyakinan kpd pemerintah yg berdasarkan keadilan”

· Berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

· Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusahakan meluaskan kuasanya di Trg

· Masih kekalkan amalan sistem monarki dgn memberikan kedudukan istimewa kpd agama Islam – agama rasmi negeri

· Amalkan pemerintahan beraja berperlembagaan

· Pemerintah mesti – beragama Islam, Melayu, lelaki, dan waris Sultan yg memerintah Trg

· Pemerintahan Sultan - dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan JM

· MMK – diketuai oleh Menteri Besar yg dilantik oleh sultan

· JM – berhak memilih Naib MB setelah diperkenankan oleh Sultan

· Ahli MMK bertanggungjawab

- membantu Sultan dan JM untuk mentadbir negeri,

- menggubal undang-undang dan peraturan negeri,

- menjaga kebajikan rakyat,

- menjaga keamanan dan

- menjalinkan hubungan persahabatan dgn negeri lain

· Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah drpd menyerahkan negeri kepada kuasa lain

· Pemerintah Trg menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yg teratur dan mantap utk menjamin sistem pentadbiran yg berkesan

· Perlembagaan bertulis- gambarkan kebijaksaan pemerintah Trg utk meningkatkan kecekapan seistem pentadbiran dan sbg benteng utk mengekalkan kedaulatan negeri

3.7 PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

· Pemerintah tertinggi – Yang Dipertuan Besar (YDB)

· Peranan Undang

melantik YDB

perunding dalam setiap keputusan yg dibuat oleh YDB

ketua luak

· Empat luak utama

- Rembau

- Johol

- Sg. Ujong

- Jelebu

· Unsur-unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan

- berdasarkan Adat Perpatih – kedaulatan berada di tangan rakyat

- pelantikan pemimpin dibuat drpd peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik YDB

- Pelantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah walaupun YDB pemerintah tertinggi kerajaan

- Setiap keputusan yg dibuat oleh YDB adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang

- Setiap luak ditadbir oleh Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga

- Undang dipertanggungjawabkan melantik YDB

- Lembaga dilantik oleh Buapak – merupakan ketua suku anggota masyarakat yg bertanggungjawab terhadap suku masing-masing

- Lembaga – berkuasa melantik individu yg layak menjadi Undang

- Buapakmerupakan Ketua Perut - menjadi tempat rujukan bg setiap masalah, khususnya yg berkaitan dgn adat

- Setiap anggota dikenali sbg Anak Buah

- Sistem mengagihkan kuasa kpd individu mengikut peringkat menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di N.9 mempunyai unsur demokrasi

· Amalan Adat Perpatih

- kepentingan bersama

- semangat gotong royong

- bermuafakat di kalangan masyarakat utk memilih pemimpin

- saling menghormati di antara satu sama lain

- melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama, semangat gotong royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.

 
© Copyright by LAMAN CHEGU RIDHWAN  |  Template by Blogspot tutorial