Tuesday, September 1, 2009

2.1 PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH.

sumber: Cikgu Fatimah Abdul Khalid, SMT Sandakan

A. MAKSUD GERAKAN NASIONALISME.

· Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

B.

Tokoh tempatan

Lokasi penentangan

I

Penghulu Dol Said

Naning, Melaka

Ii

Linggir

Batang Lupar, Sarawak

Iii

Rentap

Kubu Nanga Skrang, Sarawak

Iv

Syarif Masahor &

D. Patinggi Abd. Gapur

Kanowit, Sarawak

V

Mat Salleh

Di pesisir pantai Sabah

Vi

Dato’ Maharaja Lela

Pasir Salak, Perak

Vii

Yam Tuan Antah

Sg. Ujong, N.9

Viii

Dato’ Bahaman

Lubuk Terua/K. Tembeling, & Jeram Ampai, Pahang

Ix

Tok Janggut

Pasir Puteh, Kelantan

X

Hj. Abd. Rahman Limbong

Kuala Berang, Trg

C. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP BRITISH.

· Dasar penaklukan – kws jajahan terikat dgn peraturan British. Eg. Di Naning – Penghulu Dol Said dikehendaki byr ufti.

· Ekonomi – penguasaan ekonomi oleh British melalui perjanjian yg dimeterai – saudagar dr NNS dibenarkan jalankan aktiviti perlombongan & perdagangan b/timah.

· Cukai – penduduk tempatan dipaksa membayar pelbagai jenis cukai, undang2 & peraturan. Eg. – Terengganu – nak buka tanah mesti minta izin British & dikenakan cukai.

· Campur tangan – dalam adat resam tempatan. Eg. – Perak – amalan perhambaan.

· Paksa – rakyat tempatan dipaksa terima nilai-nilai & budaya Barat.

· Kehilangan – pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh.

· Sokongan – penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.

· Sulit rakyat menentang pelaksanaan undang2 yg menyulitkan hidup mereka.

D) PERISTIWA PENENTANGAN DOL SAID TERHADAP BRITISH DI NANING.

· Tidak bersetuju bl Naning diletakkan sbg sebahagian drp pentadbiran Melaka.

· Mengingkari arahan British – tidak hantar sepersepuluh hasilnya sbg ufti kpd British.

· British menghantar tentera utk takluki Naning (1831).

· Dol Said mendapat bantuan ketenteraan drp Yam Tuan Ali, Rembau, Syed Shaban, Penghulu Ramai & Rechat, Dato’ Kelana Sg. Ujong serta Penghulu Gemencheh – berjaya kalahkan 150 tentera Br pimpinan Kapt. Wyllie.

· 1832 – Br sekali lg menyerang Naning – 1200 tentera.

· Br mengalahkan tentera Dol Said – tiada bantuan.

· Dol Said menyerah diri & dibawa ke Melaka.

E) PERISTIWA PENENTANGAN PARA PEMIMPIN SARAWAK TERHADAP JAMES BROOKE(JB).

· Kerana JB berusaha utk menguasai beberapa buah daerah pedalaman

· JB menyerang pemimpin yg enggan serahkan daerah mereka.

· Linggir menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.

· Tindak balas – krn tindakan JB & Kapt. Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sg. Saribas tp Linggir dan pengikutnya tewas.

· Rentap menentang JB krn menghapuskan orang Iban di Sg. Skrang yg dianggap lanun.

· R menyerang pasukan JB di Kubu Nanga Skrang bg menghalang kezaliman.

· JB – membakar perkampungan – R & pengikut berundur ke Bukit Sadok – diserang sekali lg.

· JB berjaya kalahkan R - berundur ke Ulu Sungai Entabai & serangannya semakin lemah.

· Syarif Masahor & DPAGmenolak penguasaan penguasaan JB di Sg. Rajang.

· SM & DPAG – kehilangan kuasa memungut cukai & pengaruh terhadap penduduk tempatan.

· JB - bina kubu di Kanowit – diserang oleh SM.

· SM & DPAG – serang JB di Kuching tp gagal.

· SM – melarikan diri ke Brunei tp Sultan Brunei serahkan kpd British di Singapura.

· DPAG – lari ke Betawi – ditahan oleh Belanda & serah kpd JB.

G) PERISTIWA PENENTANGAN MAT SALLEH (MS) KE ATAS SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH DI SABAH.

· SBUB tidak menghiraukan kedudukan MS sbg pemerintah Tambunan & Sg. Sugut.

· Menduduki kws pengaruh MS – laksanakan cukai kepala & surat perahu.

· MS ke Sandakan utk berbincang dgn SBUB – tidak dilayan & kasar terhadap penduduk.

· Gabenor Beaufort serang dan bakar – MS terpaksa lari.

· 1897 – serangan mengejut kubu SBUB di Pulau Gaya.

· SBUB tawarkan pelan damai – nak serahkan tambunan.

· SBUB mungkir ­– MS serang kubu SBUB – bertindak balas – serang kubu MS.

· Tewas & meninggal dunia – 31.01.1900.

H) PERISTIWA PENENTANGAN DATO’ MAHARAJA LELA (DML) DI PERAK.

· DML memimpin orang tempatan menentang penguasaan British yg didalangi oleh J.W.W Birch.

· Semua pembesar dan sultan & penduduk tempatan bersatu menentang.

· Residen memungkiri fungsinya sbg penasihat yg termaktub dlm P. Pangkor 1874.

· Para pembesar menolak sistem cukai yg menghapuskan hak mrk.

· Menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.

· Mereka menolak campur tangan dlm adat resam & hal ehwal tempatan.

· Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan & tak tahu BM.

· Bantahan terbuka ­– masa SA & SAC tandatangani P. P 1874.

· DML membuat kubu di Pasir Salak (PS) – adakan mesyuarat dgn pembesar2 di Durian Sebatang – utk menentang undang2 British.

· Keputusan mesyuarat – DML bersetuju membunuh Birch.

· SA terpaksa menyerahkan Perak kpd British.

· Mat Arshad (orang suruhan British), - dibunuh oleh orang tempatan masa tampal poster cukai di PS.

· Birch dibunuh oleh Seputum, Pandak Lam dll – arahan DML.

· 500 tentera British – lancarkan serangan ke atas PS – DML & Dato’ Sagor – lari ke Kota Lama.

· Semua yg terlibat dgn pembunuhan Birch ditangkap dan dibicarakan – Raja Idris – hakim & Frank swettenham – penasihat perbicaraan.

· DML, DS, Pandak Lam, Seputum, & Pandat Indut – dihukum gantung. Sultan

Ismail – dibuang ke ng. Johor. SA, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar & Laksamana – dibuang negeri ke P. Seychelles.

I) PENENTANGAN YAM TUAN ANTAH (YTA) DI SG. UJONG.

· Penentangan di oleh YTA Sri Menanti & D. Syahbandar (DSSU).

· DSSU enggan menandatatangani perjanjian dgn British.

· Jg menentang D. Kelana Sg. Ujong (DKSU) yg mempelawa British campur tangan utk merebut kws sempadan cukai kpd pedagang b/timah dr NNS.

· DK Syed Ab. Rahman (dgn kerjasama Br) – berjaya kalahkan DS Abdullah Tunggal.

· DS berundur ke Selangor tp kembali semula ke SU & tandatangani perjanjian dgn British (10 Nov 1874).

· DS bersetuju letak jawatan & berhijrah ke Singapura. DKSAR kuasai SU (tertakluk di bwh penguasaan Br).

· 1888 – YTA tandatangan perjanjian damai – British menguasai SU.

J) PENENTANGAN DATO’ BAHAMAN (DB) DI PAHANG.

· DB menolak pelaksanaan undang2 Br yg bertentangan dgn adat resam & sistem politik tempatan – s. kehakiman, cukai, pemungutan hasil tanah, pasukan polis oleh Residen Br.

· Menghakis kuasa DB sbg Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

· DB, Tok Gajah (TG), Imam Rasul dll – bersatu menentang selama 5 th.

· Menentang pembinaan balai polis Lubuk Terua.

· Serang Br krn tangkap anak buahnya – serangan & tawan semula Lubuk Terua serta kuasai Kuala Tembeling & Jeram Ampai (JA).

· Br bertindak balas – hantar tentera serang JA – DB berundur ke Kelantan.

· DB menetap di Hulu Kelantan. TG & keluarga – menetap di Hulu Terengganu.

· 1896 – DB pindah ke Bangkok – diberi perlindungan politik oleh Rj. Chulalongkorn & menetap di Chieng Mai. Meninggal dunia di sana.

K) PENENTANGAN TOK JANGGUT (TJ) DI KELANTAN.

· Berlaku di Pasir Puteh (PP) – apabila sistem Penasihat Br diperkenalkan – paksa penduduk bayar cukai tanah dan padi.

· Bantah pelaksanaan & enggan bayar cukai tp tidak dilayan oleh Peg. Daerah PP.

· Arahan tangkap oleh pihak polis tp gagal.

· Berjaya serang PP & mendudukinya pd 1915.

· Membentuk sebuah kerajaan – Engku Besar Jeram (EBJ) sbg raja, TJ sbg PM & Che Ishak (pegawai daerah).

· Br menggunakan nama S. Kelantan – bawa masuk pasukan tentera dr NNS dgn kapal perang H.M.S Cadmus – mendarat di Tumpat & serang Saring.

· TJ terkorban - mayat diarak ke seluruh pekan Kota Bharu – digantung di pasar – amaran Br kpd sesiapa yg menentang.

L) PENENTANGAN HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG (HARL) DI TERENGGANU.

· Merupakan seorang ulama – tidak puas hati dgn sistem cukai & undang-undang tanah.

· Mengetuai penduduk kampong bersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa hiraukan peraturan Br.

· Membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah dr Lubuk Batu ke Kg. Pelam bersama 300 penduduk kampong.

· Br bimbang, dpt disuraikan dgn jasa baik TNM.

· Pendudukan tempatan melancarkan serangan bersenjata – berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.

· Kumpulan di K. Telemong bersiap sedia tunggu arahan utk menentang.

· Br gunakan kuasa & nama sultan Trg – hantar 3 org pembesar menwawan semula K. Berang.

· Mudahkan Br krn org Melayu tidak derhaka kpd sultan.

· 25 org polis menyerang K. Telemong – berjaya tumpaskan kebangkitan penduduk tempatan – 11 terkorban.

· HARL – diserang oleh 50 org polis dr Singapura – ditahan & dibuang negeri ke Makkah.

M) PENGAJARAN DARIPADA PENENTANGAN TERHADAP BRITISH.

· Patut contohi semangat setia negara yg tinggi – sanggup berkorban utk negara.

· Sifat kerjasama & tolong menolong antara pemimpin dgn pengikut.

· Sikap berdisiplin & gigih berusaha – hasilkan perjuangan berjaya.

· Kekalahan – kerana kurang ilmu & senjata moden.

· Perlu bina ilmu pengetahuan supaya tidak dijajah.

· Perlu perpaduan di kalangan pemimpin supaya musuh dapat ditentang secara serentak.

N) FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN.

· Perjuangan bercorak setempat.

· Tiada bantuan luar – kes PDS – serangan kedua.

· Persengketaan pemimpin tempatan – SU.

· Br ambil kesempatan – gunakan kuasa & nama sultan.

· Br - Peralatan dan teknologi moden.

· Br – dpt bantuan luar.

· Ada rakyat tempatan yg bekerjasama dgn Br.

· Sultan menghadapi tekanan pemimpin dibunuh dgn kejam.

Cloud Callout: Kenapa ye Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah?


O) FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME PD ABAD KE 20.

· Pengenalan sistem politik Barat – musnahkan sistem politik tradisional – Residen dan pegawai British ambil alih pentadbiran negeri.

· Perkembangan sistem pendidikan – lahirkan golongan intelek melayu – meningkatkan kesedaran bangsa dan menolak penjajahan Barat.

· Dasar British kemasukan orang asing – kuasai ekonomi tempatan – melayu kekal sbg petani, pembukaan bandar baru , utk kemudahan org asing – wujud jurang perbezaan taraf -memundurkan taraf hidup orang melayu – dijadikan isu gerakan nasionalisme.

· Pendudukan Jepun konsep “Kawasan Kesemakmuran Asia” – tekankan kebebasan negara-negara Asia menentukan kemajuan dan kemerdekaan tetapi kekejaman Jepun menimbulkan kebencian penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur.

· Parti Komunis Malaya (PKM) penguasaan selama 14 hari pd 1945 membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis.

· Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan buku, akhbar, majalah dan kitab agama untuk menyampaikan idea menentang penjajah disebarkan dgn meluas.

· Gerakan Pan Islamisme Sedunia melahirkan reformis Islam Syeikh Muhammad Abduh – bangkitkan kesedaran pemahaman Islam untuk menentang penjajahan terhadap negara-negara Islam yg disebarkan dalam majalah al- Manar.

· Kesedaran Politik Serantau cth : di Indonesia – membolehkan penulis dan karya mereka menjadi bahan bacaan masyarakat di Tanah Melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan.

P) GERAKAN ISLAH

KAUM MUDA (KM)

· Golongan berpendidikan Arab yang terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiyyah di Timur Tengah.

· Tokoh-tokoh – Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Mohd. Yunos Abd. Hamid, Hj. Abbas Mohd. Taha dan Sheikh Mohd. Salim al-Khalili.

· Dasar perjuangan

1. mendorong masyarakat melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

2. menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia termasuk gesaan utk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial org melayu.

3. berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.

4. mengkritik raja dan pembesar melayu – tidak berperanan penting dalam memajukan orang melayu.

· Akhbar – al – Imam, Neraca, Idaran Zaman, Saudara dan Lidah Benar.

Majalah – Pengasuh dan al-Ikhwan.

· Perkembangan gerakan Islah yg diperjuangkan KM pada abad ke-20.

1. Awal – ditentang oleh Kaum Tua (KT) – fahaman – berkaitan akhirat dan fardu ain shj.

2. Di NNS shj – krn ada undang-undang dikeluarkan oleh negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh KM – tidak benarkan buku dan risalah KM dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut, dan tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran sultan.

3. Tubuhkan beberapa buah madrasah – jalankan sistem pendidikan Islam – dunia dan akhirat – fardu ain, ilmu hisab dan bhs Inggeris. Beri peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

Q) AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL : PENGGERAK KESEDARAN BANGSA.

AKHBAR DAN ISU YG DIBANGKITKAN.

· Nama akhbar -

1. Warta Melayu

2. Lambaga Melaya

3. Majlis

4. Utusan Melayu

5. Warta Negara

Isu-isu yang diperjuangkan

· Sosial

· Majukan pendidikan tinggi orang melayu

· Galakkkan pendidikan anak perempuan

· Seru org melayu tinggalkan sikap negatif

· Galakkan tabungan untuk pendidikan anak

· Pentingkan kemahiran tradisional melayu

· Pentingkan pendidikan BI

· Minta taraf sekolah melayu dibaiki dgn memberinya nilai ekonomi

· Martabatkan BM – bahasa rasmi dlm pentadbiran Inggeris

· Seru org melayu tak tinggalkan pendidikan Islam.

· Kekalkan nilai-nilai baik masyarakat melayu

· Ekonomi

· Galakkkan syarikat kerjasama

· Minta British kurangkan kemasukan orang dagang

· Galakkan perniagaan di kalangan org melayu

· Larang orang melayu jual tanah

· Seru orang melayu berjimat cermat

· Minta British adakan kampung khas Melayu di KL

· Politik

· Kritik British kerana kurangkan kuasa Raja-raja Melayu

· Kritik pembesar dan raja kerana gagal memimpin rakyat

· Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran

· Menuntut diadalan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi org melayu dlm perkhidmatan kerajaan

· Seru org melayu bersatu dlm sebuah pertubuhan kebangsaan

· Menentang tuntutan org dagang terhadap politik tempatan

MAJALAH DAN ISU YG DIBANGKITKAN.

· Majalah GuruMuhammad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad & Mohd. Sidin Rashid

· Pendidikan anak-anak melayu

· Perpaduan di kalangan orang melayu

· Tiup semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan

· Baiki taraf hidup org melayu

· Majukan bahasa dan sastera melayu

· Galakkan perpaduan di kalangan guru dan pemimpin bahasa

· Pengasuh Dato’ Nik Mohamad

· Bincang soal pentafsiran Islam yg progresif bg kemajuan ummah

· Galakkan pendidikan di kalangan orang melayu

· Memperluas ilmu dalam semua bidang

· Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam

· Menggesa orang melayu jauhkan diri dari sifat buruk

· Bulan Melayu Zainon Sulaiman

· Galakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor

· Galakkan wanita dapatkan pendidikan utk kemajuan diri

· Dorong wanita menjaga kesopanan dgn nilai-nilai Islam dan budaya Timur

· Galakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa

NOVEL DAN ISU YG DIBANGKITKAN.

· Keris MelayuAhmad Bakhtiar

· Semangat perjuangan menentang penjajahan Barat spt Portugis

· Hargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka (KMM) spt Hang Tuah

· Gunakan sejarah sbg inspirasi & pedoman utk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

· Anak Mat Lela Gila Ishak Hj. Muhammad

· Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan

· Hargai warisan bangsa sendiri

· Cintai tanah air

· Menolak kesenangan demi maruah bangsa

· Putera Gunung TahanIshak Hj. Muhammad

· Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa

· Mencintai tanah air

· Berasa bangga dengan kebolehan sendiri

· Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa

· Melor Kuala LumpurHarun Aminurrashid

· Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya

· Wanita yg mementingkan pendidikan moden utk kebaikan dirinya

· Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa

J) ISU YANG DIPERJUANGKAN OLEH PERSATUAN-PERSATUAN DALAM GERAKAN NASIONALISME DI TM, SABAH DAN SARAWAK SEBELUM PD II.

1. KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)1926 – Mohammad Eunos Abdullah (MEA), Tg. Kadir Ali & Embok Suloh.

· Tujuan – menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk melayu Singpura – MEA – wakil KMS dlm pentadbiran British

· MEA – wakil org melayu dlm Ahli Majlis Perundangan NNS - mendesak kebajikan orang melayu Singapura dan berjaya memperoleh petempatan khas bg orang melayu di S’pura

2. PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM) 1934 – SM Zainal Abidin BA.

· Tujuan – galakkan ahli-ahli berkenalan dan bertukar-tukar pendapat bg wujudkan perpaduan dan majukan diri sendiri dan bangsa Melayu di STM

· Gabungkan tenaga intelektual melayu bg bincangkan nasib orang melayu dlm soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan

3. PERSATUAN MELAYU SARAWAK (PMS) -1939 – Datu Patinggi Abang Abdillah

· Tujuan – mengeratkan perpaduan melayu, galakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa, serta menegakkan ajaran Islam

4. PERSATUAN SAHABAT PENA DI SABAH

· Wujudkan perpaduan di kalangan anggota-anggotanya – peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah melayu

5. KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)1939 – Ibrahim Haji Yaakob

· Tujuan – galakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh STM

· Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang melayu

· Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia

6. KONGRES MELAYU 1939

· Bincangkan soal kemunduran orang melayu dalam pendidikan dan ekonomi

· Bincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal

· Mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik

· Mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan orang melayu

K) PERKEMBANGAN KMM DALAM MEMPERJUANGKAN SEMANGAT NASIONALISME DI TM SBL PD II

· Ditubuhkan pada 1939 dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob

· Matlamat – utk galakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu di STM

· Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang melayu

· Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia utk mencapai kemerdekaan

· Bekerjasama dgn Jepun pd akhir tahiun 1940 utk halau British dr TM

· Jdkan KMM badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya utk dijadikan alat propaganda anti British dan mengelilingi TM utk cari sokongan

· Tubuhkan cawangan di seluruh TM bg luaskan propaganda menentang British

· Maahad II Ihya Assyarif di Gunung Semanggol – sokong KMM – sediakan kader-kader (tentera semut) – utk menentang British

· Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Hj Muhammad dan lebih kurang 150 org penyokong KMM ditangkap oleh British pada akhir 1941 dan dipenjarakan di Changi, S’pura

L) GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

1. MPAJA

· PKM mengadakan penentangan melalui gerakan bawah tanah dengan bantuan senjata oleh pihak British

· Bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun

2. FORCE 136

· Terdiri drp pegawai-pegawai tadbir melayu yg bekerjasama dgn tentera British

· Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang

3. PASUKAN WATANIAH DI PAHANG

· Pasukan sukarela menentang Jepun – guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yg sedar tentang penindasan Jepun.

4. BINTANG TIGA

· Terdiri drp 3 kaum penting di TM

· Menentang Jepun secara gerila

4 comments:

Unknown said...

Nota ini memudahkan saya menhafal nota nota sejarah..

leg lelelele said...

tq. nota nie tlg saya dpt jawapan ; )

Unknown said...

Andaikan diri anda seorang anak buah yang bernaung di bawah seorang pemimpin tempatan, Bagaimanakah anda akan membantu pemimpin tempatan untuk menentang British?

Unknown said...

Byk sangat perkataan yg diringkaskan

Post a Comment

 
© Copyright by LAMAN CHEGU RIDHWAN  |  Template by Blogspot tutorial