Saturday, July 4, 2009

Anak Sebagai Kurniaan Allah


Anak adalah cahaya mata insan. Kurniaan Allah SWT daripada belahan kasih sayang ibu, kudrat tenaga dan jiwa seorang bapa. Sungguh beruntung sesiapa yang mempunyai anak yang dianggap nafas kehidupan dalam menerusi perjalanan sebelum ajal menjelang.

Menurut beberapa hadith

a. Bahawa anakmu itu ialah hadiah Allah kepadamu

b. Bau anak adalah bau syurga

c. Anak itu dari kembang raihan syurga, firdaus Ilahi

Suatu hari, Rasulullah SAW memeluk cucunya, baginda bersabda;

“Sesungguhnya kamu membakhilkan, kamu juga membimbangkan dan juga kamu yang membodohkan dan sesungguhnya kamu adalah bau-bauan Allah”

-Membakhilkan : menjimatkan perbelanjaan ibubapa

-Membimbangkan : Kebimbangan ibubapa dalam mendidik anak-anak

-Membodohkan : Ibubapa yang berumahtangga kurang kesempatan melanjutkan pelajaran

-Bau-bauan Allah : Dicium oleh Nabi

Kurniaan Allah yang tidak ternilai ini sangat mengiurkan jiwa agar sentiasa beringatan kepadanya. Rindu dan kasih ibubapa kepada anak-anak sangat mengujakan. Peluang yang ada, mari kita bersama-sama mendidik anak-anak agar menjadi insan bertaqwa.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright by LAMAN CHEGU RIDHWAN  |  Template by Blogspot tutorial